KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan semua tempat letak kereta di Lorong Dewan dan sebahagian Jalan Padang (hadapan Padang Merdeka) di sini untuk memberi laluan kepada pelaksanaan acara Larian Jom! Malaysia-China 2023 Sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-49 Antara Malaysia dan China pada Ahad ini (12 November).
Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sehubungan dengan itu, tempat letak kereta yang tersebut di atas akan ditutup bermula jam 12 tengah malam hingga 10 pagi, 12 November, manakala, jalan yang terlibat akan ditutup bermula jam 4 pagi hingga 10 pagi pada tarikh yang sama.
“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas dan sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif dan tempat letak kereta berdekatan sepanjangi tempoh penutupan sementara ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.


































