Masidi menerima cenderahati oleh Mohd. Yakub dalam kunjungan tersebut.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Sabah yang diketuai Penasihatnya, Datuk Dr. Mohd. Yakub Johari bersama rombongan di pejabatnya.
Dalam pertemuan itu, Masidi turut diberi taklimat mengenai perkembangan semasa persatuan serta isu-isu berkaitan industri kontraktor di negeri ini.
































