KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran CelcomDigi yang berlangsung di Hotel Sheraton Kota Kinabalu, di sini, baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri pelbagai agensi termasuk jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta pemain industri pelancongan dan sektor swasta.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad, Mohamad Damshal Awang Damit; Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Bhd, Datuk Ahmad Rizal Dahli; Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak di Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said; serta Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Ts. Afizulazha Abdullah.
Kira-kira 500 tetamu daripada pelbagai agensi hadir memeriahkan sambutan itu, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara sektor awam dan swasta di negeri ini.
































