TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri majlis sambutan Ambang Ramadan 2026 ‘di Dewan Seri Sulaman di sini semalam. (Gambar)
Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr. Andi Md. Shamsureezal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd (ICSB).
Antara pengisian sempena Ambang Ramadan itu ialah ceramah oleh Ustaz Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, juara Imam Muda musim pertama dan penceramah jemputan khas dari Indonesia, Ustazah Dr. Hajah Oki Setiana Dewi.

































