Hajiji menyampaikan replika kunci kepada Mohd. Khalid.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menyumbang dua kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika kunci kepada Ketua Polis Negara, Dato Sri Mohd. Khalid Ismail sebagai gimik penyerahan dalam satu majlis yang diadakan di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta pegawai kanan polis dari Bukit Aman.




























