Tun Musa (empat dari kanan) memberikan tabik hormat kepada anggota polis yang bertugas.
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-271.
Beliau berlepas menaiki pesawat khas dari Balai Kenamaan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 11.50 pagi.
Tun Musa dijangka menghadiri mesyuarat tersebut yang akan bersidang di Istana Negara pada 11 sehingga 12 Februari ini.
Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman.






























