Haji Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Kabinet Negeri perpaduan yang baharu dibentuk komited untuk bekerjasama rapat dalam memacu kemakmuran dan kemajuan Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.
“Kita mempunyai keupayaan yang kukuh untuk melaksanakan perkara ini, berdasarkan pencapaian pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lalu.
“Kita bersedia melancarkan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif pada tahun 2026,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji (duduk, tengah) bersama barisan Kabinet Negeri yang baharu. Turut kelihatan dalam gambar ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong (kiri).
Ketua Menteri menegaskan keperluan untuk memperkukuh Kerajaan Negeri bagi memastikan kestabilan politik yang berterusan serta kesinambungan kemajuan.
Beliau menekankan kejayaan lima tahun lalu adalah hasil usaha dedikasi untuk mewujudkan kestabilan dan memupuk persekitaran kondusif untuk pembangunan.
“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendokong agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan,” tambahnya.
Ketua Menteri turut berikrar, “Saya adalah Ketua Menteri untuk semua, berkhidmat kepada seluruh rakyat Sabah secara adil tanpa prejudis terhadap latar belakang, kaum atau agama mereka.”
Ketua Menteri juga mengumumkan portfolio bagi 17 pembantu menteri yang meng angkat sumpah kelmarin.
Jabatan Ketua Menteri
- Datuk Joniston Bangkuai (GRS)
- Datuk Isnin Aliasnih (GRS)
- Datuk Mandela Malakun (GRS)
Kerja Raya dan Utiliti
- Datuk Limus Jury (GRS)
- Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah (GRS)
Kewangan
- Datuk Ben Chong (GRS)
- Datuk Ishak Ayub (STAR)
Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
- Datuk Jonnybone Kurum (GRS)
Kerajaan Tempatan dan Perumahan
- Datuk Fairuz Renddan (Bebas)
- Datuk Maijol Mahap (Bebas)
Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
- Datuk Haji Ruslan Muharam (GRS)
- Datuk Hendrus Anding (GRS)
Pembangunan Luar Bandar
- Datuk Samad Jambri (GRS)
- Datuk Juil Nuatim (GRS)
Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
- Jordan Jude Ellron (Bebas)
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
- Dr. Andi Rizal (GRS)
Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
- Datuk Rina Jainal (Bebas)
























