Joniston, Jonnybone, Hendrus, Ruslan dan Juil antara yang dilantik sebagai Pembantu Menteri.
KOTA KINABALU: Majlis angkat sumpah seramai 17 Pembantu Menteri Negeri Sabah serta penyerahan watikah pelantikan kepada enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik berlangsung di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.
Majlis penuh istiadat itu menyaksikan pelantikan Pembantu-Pembantu Menteri baharu yang merangkumi wakil dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) dan ADUN Bebas.

Chin antara enam ADUN Dilantik.
Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Musa Aman. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor serta jemaah Kabinet Negeri Sabah.
Antara ADUN yang mengangkat sumpah jawatan ialah:
ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai;
ADUN Pitas, Dato’ Sri Ruddy Awah;
ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih;
ADUN Labuk, Datuk Samad Jamri;
ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury;
ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam;
ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding;
ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum;
ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim;
ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong;
ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan;
ADUN Kukusan, Datuk Rina Zainal;
ADUN Bandau, Datuk Dr. Maijol Mahap;
ADUN Tanjong Batu, Dr. Andi Md. Samsureezal;
ADUN Tulid, Jordan Jude Ellron;
ADUN Bingkor, Mohd. Ishak Ayub;
dan Datuk Ceasar Mandela Malakun (ADUN Dilantik).

Ceasar antara ADUN Dilantik dan Pembantu Menteri.
Majlis turut menyaksikan pelantikan enam ADUN Dilantik, iaitu: Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi; Datuk Haji Abdul Kassim Razali; Datuk Ir. Chin Shu Ying; Datuk Ceasar Mandela Malakun; bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin; dan Grace Lee Li Mei.


























