KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan keputusan rasmi penuh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17, dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai parti yang memenangi kerusi terbanyak.
Pengerusi SPR, Dato’ Sri Ramlan Harun berkata, GRS memperoleh 29 kerusi, diikuti Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan 25 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 6 kerusi.
Lima calon Bebas turut berjaya, sementara Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memenangi 3 kerusi, Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) 2 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 1 kerusi, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) 1 kerusi, dan Pakatan Harapan (PH) 1 kerusi, menjadikan keseluruhan 73 kerusi dipertandingkan.
Ramlan berkata, PRU kali ini menyaksikan 1,148,476 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing, bersamaan 64.35 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar, termasuk pengundi biasa, awal dan pos.
Beliau berkata, keputusan penuh PRU Sabah ini akan disembah maklum kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr.) Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pagi ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai keputusan terperinci, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di spr.gov.my.
































