KUALA LUMPUR: Pemaju gaya hidup urban, Titijaya Land Berhad (“Titijaya” atau “Kumpulan”) kelmarin mengumumkan pembangunan Blok B1 dan B2, Kolej Kediaman Pelajar UMS Numbak, sekali gus menghidupkan semula projek terbengkalai yang lama bagi menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.
Inisiatif ini menandakan langkah penting ke arah mengurangkan kekurangan kediaman pelajar berkualiti yang berlarutan di UMS.
Pada Mei 2025, Titijaya mengumumkan cadangan pengambilalihan dua aset hartanah di Kota Kinabalu bernilai RM105 juta, seterusnya tampil sebagai ‘white knight’ bagi memulihkan pembangunan terbengkalai berkenaan.
Kumpulan komited menyiapkan kerja-kerja berbaki dan menyediakan kediaman yang selamat, selesa dan mampu milik kepada pelajar UMS.

Lim (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Dr. Zambry (dua dari kanan) dan Dr. Kasim (dua dari kiri).
Pada Sabtu, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir melawat tapak projek Blok B1 dan B2 sempena lawatan kerja rasmi. Beliau diiringi oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor bersama barisan pengurusan kanan Titijaya.
Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit berkata:
“Kami amat berbesar hati mengumumkan pembangunan Blok B1 dan B2, Kolej Kediaman Pelajar UMS Numbak, melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah, salah sebuah universiti awam terkemuka negara dengan lebih 18,000 pelajar.
“Dengan bekerjasama meningkatkan penyediaan kediaman pelajar berkualiti di Kota Kinabalu, kami selaras sepenuhnya dengan aspirasi Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir dan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam usaha memperkukuh standard pendidikan universiti awam di seluruh Malaysia.
“Kami melihat ini sebagai satu kerjasama awam–swasta yang memupuk sinergi antara peneraju industri, Kerajaan dan institusi pendidikan demi kepentingan sosial yang lebih besar.
“Kami berbangga kerana dipilih sebagai ‘white knight’ untuk menghidupkan semula projek ini, menjadikannya projek ketiga yang berjaya kami pulihkan di Sabah melibatkan pembangunan sakit atau terbengkalai.”
Katanya, menerusi inisiatif ini, Titijaya berhasrat menangani kekurangan kediaman pelajar yang dihadapi UMS sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan menyediakan kemudahan yang selamat, selesa dan mudah diakses bagi membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka.
Mengenai Titijaya Land Berhad
TITIJAYA LAND BERHAD ialah pemaju gaya hidup bandar di Malaysia yang bersedia untuk pertumbuhan lebih pesat selepas lebih dua dekad dalam industri hartanah dan telah terbukti sebagai pemaju hartanah terkemuka melalui kejayaan projek kediaman bertingkat tinggi, pembangunan bersepadu, hab komersial, SoHo dan pembangunan industri. Sepanjang tahun-tahun ini, Titijaya telah menerima pelbagai anugerah seperti Asia Pacific Property Awards (Development) dengan kerjasama American Standard 2019-2020, The Edge Top 30 Property Developers Award 2022, dan Asia Pacific Property Awards 2023 – 2024 dalam kategori Pembangunan Serbaguna. Baru-baru ini, pembangunan bandar bersepadu Damaisuria oleh Titijaya menerima Asia Pacific Property Awards 2025-2026 dalam kategori Pembangunan Serbaguna di Malaysia.
Kumpulan Titijaya juga terkenal kerana memahami dan menangkap perubahan dalam pasaran. Selaras dengan misi Kumpulan, “membangunkan hartanah yang akan dibeli, dihargai dan ingin dibeli semula oleh orang ramai”, Titijaya sentiasa menyesuaikan diri dengan trend pasaran yang berubah dan memperkenalkan jenis produk baharu yang sesuai dengan keperluan pelanggan.
Hartanah yang dibangunkan oleh Kumpulan Titijaya direka secara estetik dengan kemudahan moden dan inovatif, diilhamkan dan berasaskan gaya hidup kontemporari moden. Usaha terperinci yang telah dijalankan pada setiap projek terus diteruskan pada hartanah Titijaya yang sedang berjalan dan akan datang.




























