KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa seramai 596 calon sah bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.
Dalam kenyataan hari ini, SPR memaklumkan bahawa selepas proses penamaan calon pada 15 November lalu, calon Bebas merupakan kumpulan terbesar dengan 74 calon, diikuti Parti Warisan Sabah (Warisan) sebanyak 73 calon dan Parti Impian Sabah (PIS) seramai 72 calon.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan 55 calon, manakala Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mempunyai 46 calon dan Barisan Nasional (BN) menurunkan 45 calon.
Ini diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 42 calon, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sebanyak 40 calon, serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dengan 25 calon.
Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai 22 calon, diikuti Parti Kebangsaan Sabah (PKS) sebanyak 20 calon, Parti Kerjasama Anak Negeri (17), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (16), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (14), Parti Rumpun Sabah (7) dan Parti Maju Sabah (SAPP) (6).
Selain itu, Parti Damai Sabah (SPP) bertanding di 5 kerusi, Perjuangan Rakyat (PR) di 6 kerusi, diikuti masing-masing 3 calon daripada Pertubuhan Gemilang Anak Sabah (GAS), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).
Dua parti — Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan) — masing-masing meletakkan seorang calon.


































