Anwar (tiga dari kiri) diiringi Hajiji(dua dari kanan) mengaminkan doa.
SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Sandakan.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan pada jam 11.30 pagi.
Mengiringi beliau di lapangan terbang ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Negeri Sabah Datuk Masiung Banah serta Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.