Kalbin (kiri) menerima Jalur Gemilang yang disampaikan oleh Jainisah.
LAHAD DATU: Cuaca hujan tidak menghalang pihak penjara semarakkan semangat kemerdekaan.
Pengarah Penjara Lahad Datu, Penolong Kanan Komisioner, Kalbin Mohd Said berkata, keadaan cuaca hujan pada sebelah pagi tidak menghalang pihak penjara menyemarakkan semangat kemerdekaan.
“Walaupun berubah tempat dari dataran penjara ke Dewan ini namun tidak menghalang kita menyemarakkan semangat kemerdekaan itu agar sentiasa utuh sentiasa padu.
“Terima kasih kepada Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG), menempuhi perjalanan yang jauh dalam menyambut misi mengibarkan Jalur Gemilang.
“Kita doa dan harapkan tiada masalah- masalah di setiap chek point yang di singgahi.
“InsayaAllah tahun hadapn, pihak kita juga bersedia menyertai program ini sebagai tanda sokongan kita menyemarakkn kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang, “ujarnya ketika berucap dalam program kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Toh Puan Norlidah, Pejabat Penjara Lahad Datu pada Jumaat.
Progran tersebut yang dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 150 orang terdiri daripada kakitangan penjara dan peserta konvoi.