Zara Qairina Mahathir
SIPITANG: Proses menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol di sini selesai selepas lebih sejam proses itu berlangsung.
Menurut Utusan Malaysia, peguam mewakili keluarga pelajar berkenaan, Hamid ismail, jasad Zara Qairina dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Katanya, proses bedah siasat dijangka dijalankan pada pukul 9 pagi hari ini.
Proses penggalian kubur bermula 5.30 petang kelmarin dilakukan anggota forensik dengan disaksikan antaranya ibu bapa Zara Qairina.
Sementara itu, kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat tiba di lokasi dan menunggu sejak tengah hari kelmarin sehinggalah proses penggalian selesai.




























