Lisa (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Jainisah.
TENOM: Aspek keceriaan dan kebersihan menjadi fokus bagi Program Bakti Madani yang diadakan di Sekolah Menengah St. Anthony.
Seramai 220 orang warga sekolah dan peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) bergotong royong membersihkan kolam serta mengecat di beberapa lokasi sekitar kawasan sekolah.
Program ini diadakan bagi memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar selain dapat memberi khidmat sosial kepada institusi pendidikan termasuk di sekolah selain dapat mendedahkan kepada para pelajar dengan kehidupan bermasyarakat dan bertanggungjawab sosial.
Turut diadakan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Inspektor di Jabatan Siasatan Polis Trafik, Cornelius Loipin berkenaan jauhi perbuatan buli dikalangan pelajar.
Dalam pada yang sama, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Lisa Polus Masundang turut melepaskan konvoi KMJG selepas menandatangani buku catatan KMJG.






























