Raisin (lima dari kiri, belakang) bergambar kenangan bersama para pemenang.
TUARAN: Pertandingan Peragaan Busana Kanak-Kanak Etnik Sabah berlangsung meriah sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah 2025 di Dewan Kebudayaan, Lok Batik di sini, pada Jumaat.
Seramai 93 kanak-kanak menyertai pertandingan itu, terdiri daripada 14 peserta Taska KEMAS dan 79 peserta Tabika KEMAS, yang memperagakan pelbagai pakaian tradisi etnik Sabah termasuk suku kaum Bajau, Dusun dan Murut.
Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tabika (kanak-kanak lelaki dan perempuan) dan Taska (kanak-kanak lelaki dan perempuan).
Bagi Kategori Perempuan Taska, johan dimenangi Maryam Afifi Mohd Aziz dari Taska KEMAS Kampung Bolong Lama, naib johan Aish Khadijah Amli (Taska KEMAS Kampung Bolong Lama) dan tempat ketiga Rania Azzalea Samsul (Taska KEMAS Kampus INTAN Sabah).
Kategori Perempuan Tabika pula menyaksikan Dellisyah Yusni dari Tabika KEMAS Taman Sri Rugading muncul juara, diikuti Erena Etna Brian (Tabika KEMAS Pekan Kiulu) di tempat kedua, dan Nurmisha Afifah Indra (Tabika KEMAS Kampung Penimbawan) di tempat ketiga.
Dalam Kategori Lelaki Tabika, juara dimenangi Alddrey Arddy L. Bonny (Tabika KEMAS Kampung Suromboton), tempat kedua Muhammad Aisy Firdaus Raynol (Tabika KEMAS Taman Sri Rugading) dan tempat ketiga Aeril Miqail Ashar (Tabika KEMAS Pertanian).
Sementara itu, bagi Kategori Lelaki Taska, Muhammad Aniq Mikail Juidi (Taska KEMAS Kampung Bolong Lama) meraih tempat pertama, diikuti Muhammad Haufan Hazza Ahamzah (Taska KEMAS Kampung Bolong Lama) di tempat kedua dan Niyaz Mikail Muhammad Nazri (Taska KEMAS Kampus INTAN Sabah) di tempat ketiga.
Kesemua pemenang menerima wang tunai, sijil dan hamper yang disampaikan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Raisin Gagah yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Festival, Datuk Kassim Razali.
Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama KEMAS dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).






























