KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM133 bilion kepada sektor sosial menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan fokus utama kepada pendidikan dan kesihatan.
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor pendidikan menerima peruntukan tertinggi iaitu RM67 bilion manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM39 bilion.
Katanya, langkah itu selaras dengan matlamat RMK13 untuk memacu pembangunan negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi.
“Ia termasuk usaha membina masyarakat bersatu padu, berdaya saing serta memiliki jati diri kukuh,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.






























