PETALING JAYA: Hanya Mukah, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 2 petang ini.
Menurut Utusan Malaysia, berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu mencatatkan bacaan IPU 154, menunjukkan jerebu semakin pulih di seluruh negara.
Sebanyak 60 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu antara 51 hingga 95 manakala enam kawasan mencatatkan bacaan baik bawah 50.
Enam kawasan merekodkan kualiti udara pada keadaan baik ialah Johor (49), Sarawak (48), Sabah (47), Pulau Pinang (41), Kedah (37 dan 36) serta Perlis (29).
“Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya),” katanya.

































