Hajiji (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Dzulkefly.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Sri Gaya di sini, hari ini.
Rombongan menteri itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan,
Dato’ Sri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar Abd. Wahab serta pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan.
Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri turut dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 2 Tahun 2025 yang berlangsung hari ini.
Selain itu, pelbagai isu-isu kesihatan di negeri ini turut dibincangkan bersama termasuk berkaitan fasiliti dan perkhidmatan kesihatan serta lawatan yang akan dibuat oleh Menteri Kesihatan di Hospital Queen Elizabeth 2 pada petang ini dan Hospital Papar, esok.