TUARAN: Tuaran terus membuktikan kehebatannya sebagai lubuk bakat dalam pertandingan Sugandoi Kaamatan.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Sugandoi Tuaran 2025, Ali Khazrai Pandin Bin Ali Udin, berkata bakat dari daerah ini sering mencuri perhatian di peringkat negeri dan kebangsaan.
“Tahun lalu, nama Tuaran kembali bersinar apabila Scolastica Ann Bonnieface menjadi Naib Juara Sugandoi Kaamatan Kebangsaan 2024 dengan lagu ciptaannya sendiri,” katanya.
Selain itu, Tuaran telah melahirkan beberapa Juara Sugandoi Negeri seperti Rozza Rothman (1995), Apprilissa Sue Ann (2015), dan Jacinda Faye (2017). Pada 2022, Jesse Amanda turut mencipta sejarah sebagai Juara Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri.
Kini, giliran bakat baharu untuk menyerlah! Pertandingan Sugandoi Kaamatan Tuaran 2025 kembali dengan sesi saringan:
📅 Tarikh: 12 April 2025
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Lokasi: Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Kecil Tamparuli
Pemenang peringkat daerah akan mara ke peringkat negeri, membawa semangat dan kebanggaan Tuaran ke pentas lebih besar.
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian: [Pendaftaran Sugandoi Kaamatan Tuaran 2025]
Tarikh Penting:
✅ Saringan: 12 April 2025
✅ Peringkat Akhir: 30 April 2025
✅ Tarikh Tutup Penyertaan: 12 April 2025
Yuran Pendaftaran:
🎤 Terbuka/Dazanak: RM30.00
🎤 Songkotoun: RM20.00
Maklumat lanjut:
📞 Dickler Mailson – 0128016257
📞 Joannes Robert Johnny – 0129182206
📞 Rozza Rothman – 0168249277
Dengan tema “Kaamatan untuk Semua”, pesta tahun ini meraikan perpaduan dan warisan budaya Kadazandusun Murut Rungus (KDMR).
Sugandoi bukan sekadar pertandingan, tetapi platform untuk memelihara warisan muzik dan bahasa ibunda.
Jadi, kepada warga Sulaman & Dalit, Tamparuli, Kiulu, inilah masa untuk menyerlah! Datang dan saksikan kehebatan bakat baharu di Sugandoi Kaamatan 2025!
Kopisanangan, Kotohuadan & Selamat Berjuang kepada semua peserta!
































