Mangsa dipercayai menunggang motosikal secara berasingan dengan suaminya telah terbabit dalam kemalangan sebelum tercampak ke bawah lebuh raya dalam kejadian di Lebuh Raya Damansara-Shah Alam dekat Petaling Jaya, petang kelmarin.
PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas dia yang menunggang motosikal tercampak ke bawah lebuh raya selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) di sini petang kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.
“Kes masih dalam siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan selepas siasatan selesai,” katanya kepada pemberita, kelmarin.
Jelas Shahrulnizam, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan meminta saksi untuk tampil membantu siasatan.
Terdahulu, rakaman video kejadian tragis tersebut turut tular di media sosial.
Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai menunggang motosikal secara berasingan dengan suaminya sebelum terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dirinya tercampak ke bawah lebuh raya.