SEOUL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan maut selepas ditikam oleh seorang guru di sebuah sekolah rendah berhampiran Daejeon, Korea Selatan, semalam.
Menurut Utusan Malaysia, pihak berkuasa memberitahu, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tikaman di bahagian leher dan muka.
Seorang wanita berusia 40-an yang turut mengalami luka tikaman dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kejadian tragis itu.
Media tempatan melaporkan, wanita tersebut merupakan seorang guru di sekolah berkenaan.
Mangsa ditemukan dalam keadaan kritikal sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Jurucakap jabatan bomba tempatan memaklumkan, suspek yang turut mengalami kecederaan kini dirawat di hospital.
Agensi berita Yonhap melaporkan, wanita itu kemudian mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
Difahamkan, suspek sebelum ini mengambil cuti sakit akibat kemurungan sebelum kembali bertugas pada penghujung tahun lalu.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian.




























