Gambar Hiasan
SEOUL: Syarikat penerbangan Korea Selatan mengalami 13 kebakaran kapal terbang yang berpunca daripada bateri peranti elektronik dari 2020 hingga 2024, lapor Korea Herald Ahad.
Menurut Utusan Malaysia, perkara itu didedahkan dalam data Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, yang dikeluarkan susulan kebakaran pesawat bulan lalu, sehingga mencetuskan kebimbangan baharu terhadap keselamatan udara negara berkenaan.
Daripada 13 kebakaran tersebut, sembilan berpunca daripada bank kuasa atau ‘power bank’, satu akibat bateri telefon dan satu lagi oleh bateri rokok elektronik yang dibawa penumpang.
Dalam dua lagi kejadian kebakaran, punca sebenar masih dapat dikenal pasti.
Menurut data yang dikeluarkan, satu kebakaran berkaitan bateri berlaku pada tahun 2020, diikuti enam insiden pada 2023 dan enam lagi pada tahun lepas.
Memandangkan kebakaran berlarutan dari 20 saat hingga lima minit sebelum dipadamkan, tiada insiden yang menyebabkan kerosakan besar pada pesawat.
Kebimbangan mengenai bateri pada kapal terbang semakin meningkat di seluruh negara, kerana siasatan awal terhadap insiden kebakaran pesawat Air Busan pada 28 Januari lalu, menunjukkan ‘power bank’ mungkin menjadi punca kejadian.
Akibat insiden itu, syarikat penerbangan di seluruh negara memperkenalkan langkah keselamatan baharu untuk ‘power bank’, seperti melarang penumpang membawanya ke dalam kabin.




























