KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan hormat Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas dan Aris mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu yang menjurus kepada mengukuhkan hubungan
yang lebih erat di antara Tawau dan Kalimantan Utara sebagai kawasan yang bersempadan di Pantai Timur Sabah dengan Indonesia.
Kelihatan dalam gambar, Nizam (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Bapak Aris Heru Utomo semasa kunjungan itu.


































