Pasukan bomba menyelamatkan empat sekeluarga daripada kenderaan mereka yang terperangkap dalam banjir di Kota Kinabatangan.
KOTA KINABATANGAN: Empat sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan mereka terperangkap dalam banjir di Kampung Paris 2, Kota Kinabatangan, awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.56 pagi.
Sepasukan empat anggota yang diketuai oleh Komander Operasi PBK II Ahmad Pramuja Zainadun segera dikerahkan ke lokasi dengan kekuatan. Mereka tiba di tempat kejadian pada jam 2.47 pagi, selepas menempuh perjalanan sejauh 40 kilometer.
Pasukan penyelamat mendapati sebuah kenderaan dinaiki satu keluarga terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak perempuan, terperangkap dalam arus banjir. Mangsa tidak dapat keluar kerana air semakin naik, menyebabkan keadaan semakin berbahaya.
Pasukan bomba bertindak pantas dalam operasi menyelamat, berjaya membawa keluar kesemua empat mangsa dalam keadaan selamat. Selepas memastikan tiada lagi risiko di kawasan kejadian, operasi ditamatkan pada jam 7.15 pagi.
































