Pemain pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes (kiri) mententeramkan Kai Harvertz yang gagal menjaringkan gol penalti dalam pertemuan Piala FA menentang Arsenal di Stadium Emirates.
LONDON: Pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata, dia tidak lagi berbangga dengan pemain-pemainnya selepas menyaksikan pasukan itu tersingkir daripada saingan Piala FA susulan tewas kepada Manchester United yang beraksi dengan 10 pemain.
Menurut Utusan Malaysia, perlawanan berakhir dengan seri 1-1 sebelum United melangkah selesa menerusi kemenangan penalti 5-3.
The Gunners bermain dengan yakin sejam selepas Diogo Dalot diarah keluar padang kerana melakukan kekasaran dua kali dalam babak kedua permainan.
Bruno Fernandes meletakkan United di depan, namun Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Gabriel Magalhaes.
Namun, ketumpulan barisan serangan menyukar anak-anak buah Arteta untuk mencari kelebihan gol sekali gus menutup peluang memenangi gelaran dalam tempoh lima tahun selepas tersingkir daripada saingan.
Sepakan Martin Odegaard dinafikan penjaga gol Altay Bayindir manakala Kai Havertz dan Declan Rice turut terlepas peluang untuk membantu kemenangan dalam permainan 90 minit itu.
Keputusan
Arsenal 1 Manchester United 1
(United menang penalti 5-3)
Crystal Palace 1 Stockport 0
Hull 1 Doncaster 1
Ipswich 3 Bristol Rovers 0
Newcastle 3 Bromley 1
Southampton 3 Swansea 0
Tamworth 0 Tottenham 3


























