Fenomena ombak besar di Kampung Cacar dekat Paka, Terengganu menyebabkan 14 penduduk terpaksa berpindah ke PPS.
KUALA TERENGGANU: Fenomena ombak besar yang sedang melanda Terengganu ketika ini menyebabkan 80 penduduk di dua daerah terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu berkata, daripada jumlah itu, 66 orang kini berada di PPS Balairaya Kampung Geliga Pantai di Kemaman.
“14 lagi mangsa pula kini berada di Balairaya JPKK Bandar Paka yang baru sahaja dibuka pada pukul 9 malam tadi,” katanya hari ini.