PAPAR: Penduduk di daerah ini menghadapi gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara Loji Rawatan Air EWSS Papar.
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memaklumkan bahawa penutupan tersebut disebabkan oleh kekeruhan air sungai yang tinggi, yang mengganggu proses rawatan air.
“Tempoh gangguan akan berlanjutan sehingga tahap kekeruhan air sungai kembali ke paras normal. Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air, dan proses pemulihan bekalan dijangka dilakukan secara berperingkat setelah keadaan kembali stabi,” kata JANS dalam kenyataan hari ini.
Penduduk yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya dan menggunakan bekalan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan ini.