Joao Pedro melakukan sepakan penalti untuk gol penyamaan menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti American Express. Keputusan seri 1-1.
LONDON: Bos Arsenal Mikel Arteta berkata, dia tidak pernah melalui pengalaman menyaksikan kontroversi sepakan penalti seperti yang diberikan kepada Brighton ketika pasukannya diikat 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sekali gus menganggu sasaran Gunners untuk memburu kejuaraan musim ini.
Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu membolehkan pendahulu liga, Liverpool memiliki kelebihan lima mata meninggalkan Arsenal di tangga kedua dan masih memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan bermula dengan menentang Manchester United malam ini.
Arsenal mendahului permainan menerusi jaringan pemain berusia 17 tahun, Ethan Nwaneri dalam babak pertama, namun kedudukan itu berubah selepas William Salia dihukum selepas berlaga kepala dengan Joao Pedro sehingga diberikan sepakan penalti.
“Kami sangat kecewa dengan keputusan pengadil kerana saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sehingga diberikan sepakan penalti. Dia (Saliba) menyentuh bola tanpa kesalahan,” kata Arteta.
Ketiadaan tonggak utama, Bukayo Saka yang masih dibelenggu kecederaan, jentera serangan Arsenal kelihatan tempang.
KEPUTUSAN
Aston Villa 2 – 1 Leicester
Brighton 1 – 1 Arsenal
Bournemouth 1 – 0 Everton
Crystal Palace 1 – 1 Chelsea
Man City 4 – 1 West Ham
Southampton 0 – 5 Brentford
Tottenham 1 – 2 Newcastle