Anggota polis mengusung keluar mayat suspek yang maut ditembak di Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.
PASIR PUTEH: Lelaki yang maut ditembak polis dalam kejadian di Jalan Jeram Pasu awal pagi tadi mempunyai 24 rekod jenayah lampau.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu suspek mempunyai tujuh kes berkaitan narkotik.
“Pemeriksaan yang dilakukan di dalam kereta suspek telah menjumpai sepucuk pistol semi auto dan sepucuk pistol tiruan,” katanya.
Mohd. Yusoff memberitahu, sebilah parang dan sebungkus tembakau yang dipercayai untuk diseludup masuk ke dalam penjara turut ditemukan.
























