Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Menteri Kewangan yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beliau tidak pernah ingat perbualan dalam video tular ‘whistleblower’ yang mengaitkan beliau yang telah disiarkan oleh Malaysiakini kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting.
“Yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.
“Saya tidak tahu menahu mengenai wang
sebanyak RM300 ribu yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya,” kata Masidi dalam kenyataan hari ini, merujuk kepada video ‘whistleblower’ yang mengaitkan beliau yang telah disiarkan oleh Malaysiakini.
Beliau mengalu-alukan sebarang siasatan ke atas dakwaan ini oleh pihak yang berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi penyiasat.






























