Samad Jambri
KOTA KINABALU: Sebanyak 1,910 unit Lampu Jalan Kampung (LJK) telah diperuntukkan di seluruh Sabah di bawah Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) Semenanjung Malaysia dan Sabah telah memasuki Fasa 11 dengan jangkaan tamat kontrak pada 29 November 2024.
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jambri berkata, ini berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia
Katanya, peruntukan LJK pada tahun hadapan bagi Sabah hanya melibatkan peruntukan kos operasi dan penyelenggaraan bagi membiayai bil elektrik, pembaikan serta penyelenggaraan lampu-lampu jalan kampung yang telah dipasang oleh KKDW sejak tahun 2002.
“Bagi peruntukan pemasangan lampu
baharu, program ini akan diteruskan sekiranya masih lagi terdapat keperluan dan tertakluk kepada kelulusan peruntukan tahunan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kelmarin.
Beliau menjawab soalan lisan daripada Datuk Annuar Ayub (Liawan) yang bertanya adakah Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan kewangan terutama berkaitan lampu-lampu jalan kampung pada tahun hadapan.


































