Kassim (kanan) meninjau persediaan ekspo
KOTA KINABALU: Ekspo Jualan Rakyat bermula 9 Nov sehingga 10 Nov dijangka akan menarik seramai 30,000 pengunjung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Pengerusi Penganjur Expo Datuk Abdul Kassim Razali berkata tujuan Ekspo adalah untuk menyokong dan mempromosikan produk-produk tempatan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi komuniti.

“Ekspo ini bukan sahaja menyediakan platform untuk peniaga-peniaga tempatan mempromosikan hasil kerja mereka, tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dan menghargai produk-produk tempatan,” katanya.
Menurutnya lagi, lebih dari 200 vendor tempatan telah mendaftar utk menyertai ekspo tahun ini.
Beliau berkata pelbagai aktiviti juga di sediakan termasuk cabutan bertuah, pertandingan mewarna, musik busking dan lain-lain.
Pengunjung bertuah berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Axia dan enam buah motorsikal, katanya sambil menambah lain-lain hadiah cabutan bertuah termasuk barangan letrik dan baucher Jualan Rahmah.
Kassim berkata seramai 1,000 pengunjung terawal juga akan diberi baucer Jualan Rahmah percuma.


































