Oleh: Rashid Ating
KOTA KINABALU: Dewan Bahasa & Pustaka, Cawangan Sabah akan mengadakan program Pertandingan Teka Silang Kata: “Ayuh, Kenali Buku Terbitan DBP!” sempena program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024.
Program ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM850 kepada lapan orang pemenang dengan johan akan mendapat wang tunai berjumlah RM250, naib johan RM200, tempat ketiga RM150 dan hadiah saguhati berjumlah RM50 untuk lima orang pemenang.
Teka silang kata ini mengandungi tujuh soalan melintang dan menegak.
Pemilihan pemenang-pemenang untuk pertandingan teka silang kata ini berdasarkan beberapa kriteria seperti yang berikut:
* Penyertaan adalah kepada mereka yang berasal atau bermastautin di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
* Menghantar satu penyertaan sahaja.
Perlu berswafoto bersama dengan salah satu buku cerita rakyat.
* Permohonan hendaklah adalah yang terpantas dan paling tepat diterima oleh Urus Setia.
* Staf dan ahli keluarga staf DBP tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
Setiap penyertaan akan menerima e-sijil penyertaan.
* Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan diterima.

Pertandingan ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Penyertaan hendaklah dihantar melalui pautan: https://forms.gle/Njj4sraZJe6oy69x5 atau para peserta boleh mengimbas kad QR yang dilampirkan. Penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 21 Oktober 2024.
































