KOTA KINABALU: Orang ramai disaran memuat turun Aplikasi Sabah Smart Parking di peranti mudah alih masing-masing secara percuma menerusi google play (Android) atau apple store (IOS) sebelum hari berkuat kuasa pada 16 Oktober 2024 bagi memudahkan urusan orang ramai.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui DBKK Holdings sedang giat melaksanakan promosi kempen jom muat turun Aplikasi Sabah Smart Parking dengan membuka kaunter informasi dan pertanyaan berkenaan aplikasi di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu seperti di Jalan Gaya, Kampung Air dan beberapa tempat lain yang akan dibuka sehingga hari pelancaran.
Risalah informasi dan panduan tatacara penggunaan aplikasi juga boleh didapati di kaunter-kaunter informasi yang dibuka di sekitar Kota Kinabalu di samping edaran risalah secara aktif dilakukan sebagai panduan kepada orang ramai.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi ke kaunter-kaunter informasi yang dibuka sehingga hari pelaksanaan dan kiosk tempat letak kereta DBKKH sekitar Kota Kinabalu.


































