Anwar dan Hajiji ketika mengaminkan bacaan doa selamat yang dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Sabah Suhaidi Kuanting di perkarangan Terminal 2 KKIA.
KOTA KINABALU : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari di Sabah.
Pesawat khas yang membawa beliau serta rombongan berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 5.25 petang Khamis.
Hadir mengucapkan selamat jalan di Terminal 2 KKIA ialah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Sabin Samitah.

Hajiji (tengah) sempat berbincang sesuatu bersama Fadillah (tiga dari kiri) di balai berlepas kenamaan Terminal 2 KKIA sambil disaksikan Nizam (dua dari kiri).
Dalam masa yang berasingan, Hajiji turut mengucapkan selamat jalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan rombongan Kabinet Negeri Sarawak di Terminal 2 KKIA sebelum ke pesawat khas masing-masing.
































