Hajiji (tengah) melakukan simbolik pecah tanah Kilang Memproses Makanan dan Roti Baharu BTC.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor melakukan
simbolik pecah tanah Kilang Memproses Makanan dan Roti Baharu Syarikat Kumpulan BTC Berhad masa melawat kilang itu di Bangunan Darul BTC , Jalan Tuaran Bypass, Inanam, di sini, hari ini.
Beliau turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kumpulan BTC dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk program perindustrian desa kepada golongan miskin tegar dan Surat Niat (Letter of Intent atau LoI) melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
LoI antara BTC dan UMS melibatkan Fakulti Sains Makanan dan Sains Pemakanan sebagai rakan strategik membantu dalam pembangunan dan penyelidikan untuk menambah baik kualiti produk selain memberi peluang dan ruang kepada siswazah menjalani latihan praktikal.
LoI bersama ABM pula membolehkan entiti itu membekalkan tenaga mahir dan separa mahir kepada BTC selain mengilap kebolehan kakitangan sedia ada.
Hajiji yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad, Datuk Abdul Kadir
M.E.Sikkandar dibawa melawat kilang itu dan beramah mesra dengan pekerjanya.


































