Upacara pemotongan “Tumpeng” sempena majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk (Dr) Haji Juhar Mahiruddin dan Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah R.M Jasni, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Haji Kadzim M. Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong dan kenamaan lain.

Selain upacara “toast” oleh Tun Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota
Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara pemotongan “Tumpeng” dan persembahan tarian kebudayaan dan artis jemputan.


































