Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke suku akhir Terbuka Jepun 2024.
PETALING JAYA: Dua beregu lelaki negara, menerima nasib berbeza pada aksi pusingan kedua Terbuka Jepun 2024, sebentar tadi.
Menurut Utusan Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan aksi mengagumkan untuk menempah tiket ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Taiwan Liu Kuang Heng-Yang Po Han, 21-14, 24-22 dalam masa 47 minit.
Pasangan No. 12 dunia itu bakal lawan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, bagi perebutan tempat ke separuh akhir.
Sementara itu, cabaran beregu meningkat naik negara, Choong Hon Jian- Muhammad Haikal Nazri berakhir seleas tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Biarpun beregu Indonesia itu berstatus ranking ke-10 dunia, namun Hon Jian-Muhammad Haikal menyajikan tentangan sengit sebelum tewas 21-16, 8-21, 15-21 selepas bertarung selama 49 minit.
























