PETALING JAYA: Polis menyiasat seorang bekas ahli parlimen yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang pemilik restoran di daerah ini.
Difahamkan lelaki berusia 49 tahun itu melakukan perbuatan itu kepada pemilik restoran itu sebanyak dua kali pada Januari dan Julai lalu sebelum mangsa membuat laporan polis.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507A dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.
Satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kes ini.
Difahamkan kejadian berlaku sekitar Januari lalu di sebuah festival makanan di Petaling Jaya apabila lelaki itu yang juga dikatakan pengerusi sebuah syarikat melakukan gangguan seksual kepada mangsa.
Malah suspek pada Julai lalu didakwa mengajak mangsa melakukan perkara tidak senonoh namun ditolak mangsa.


































