PONTIAN: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian memandang serius penularan satu video melalui aplikasi TikTok atas nama pemilik akaun @dhaporpnselcsatu berdurasi 16 saat.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, video tersebut mempaparkan dua anggotanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) tugas di kawasan Perindustrian Taman Utama, Pontian.
Menerusi rakaman video berkenaan, dua anggota polis dilihat sedang duduk di atas kerusi di samping kereta peronda polis (MPV) yag masih hidup eninnya dan lampun sedang menyala.
Dua anggota terbabit dipercayai melihat beberapa orang awam sedang makan dan minum di hadapan premis perniagaan.
Katanya, hasil maklumat tersebut, telah disahkan dua anggota polis tersebut dari Balai Polis Daerah Pontian.
“Pihak IPD telah mengenal pasti kedua-dua anggota tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada sebarang kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mahupun provokasi yang menjejaskan kredibliti kedua-dua anggota tersebut.
“Siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Intergiti dan Pematuhan Standard (JIPS),” ujar beliau.






























