JAKARTA: Penyanyi dan pengacara sensasi, Dinar Candy, 31, mendedahkan menjadi mangsa perbuatan sihir individu berhasad dengki dan cemburu dengan kejayaannya.
Menurut Utusan Malaysia, berkongsi perkara itu di Instagram, Dinar atau nama sebenarnya memaklumkan dihantui mimpi buruk selama tiga malam berturut-turut selain mengalami lebam-lebam pada tangan selepas bangun tidur.
Penyanyi ini turut memuatnaik di Instagram video dan gambar lebam kelihatan pada lengannya.
“Tiga hari berturut-turut mimpi aneh, bangun tidur terasa penat.
“Malam pertama saya bermimpi dirompak 25 individu sambil saya ditikam beberapa kali.
“Malam kedua saya dihempap sehingga sukar bernafas. Malam ketiga pula mimpi dikejar pontianak,” kongsinya.
Perkongsian Dinar itu menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menasihatkan dia agar tidak terlalu terpengaruh dengan mimpi-mimpi tersebut.
“Mimpi tidak dianjurkan untuk diceritakan,” tulis seorang netizen.
“Boleh percaya atau tidak, tapi hati-hati ya neng,” tulis seorang lagi netizen di ruangan komen.