Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif (tengah) semasa ditemui selepas pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu semalam.
KOTA KINABALU: Subsidi tiket penerbangan RM600 kepada pelajar Sabah yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan memberi manfaat kepada kira-kira 15,000 pelajar.
Menurut Utudan Malaysia, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, permohonan-permohonan yang diterima hampir selesai diproses, hanya tinggal 300 lagi sedang diproses.
Inisiatif itu diambil oleh kerajaan negeri susulan keluhan pelajar yang berhadapan dengan masalah untuk membeli tiket penerbangan kerana harga tiket terlalu mahal semasa musim perayaan.
“Secara keseluruhan ia melibatkan lebih 15,000 penerima,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) di Menara Kinabalu semalam.


































