Dr Joachim (tengah) bergambar kenangan bersama dengan semua yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang melibatkan tiga Bahagian itu.
KENINGAU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tiga bahagian – PBS Bahagian N.44 Tulid, PBS Bahagian N.45 Sook dan PBS N.46 Nabawan – di Hotel Perkasa Keningau, di sini, kelmarin (15 Jun).
Hadir sama Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun, Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Jonneybone Kurum; Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda PBS, Dr. Christoper Mandut; Ketua Bahagian PBS N44 Tulid, Datuk Suman Yasambun; Timbalan Ketua Bahagian PBS N46 Nabawan, Razali Angindi; Ketua Bahagian Ketua Bahagian PBS N4 5 Sook, Abraham Akimau; Exco Pemuda, Ketua -ketua Pemuda dan Ketua -ketua Wanita bagi ketiga-tiga Bahagian serta pengerusi penganjur Andrey Asang.






























