Tun Juhar (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Hon (dua dari kiri) serta rombongan.
KOTA KINABALU: Persatuan Golf Sabah bakal menganjurkan kejohanan golf sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin tahun ini.
Presiden Persatuan Golf Sabah, Hon Nai Shan berkata kejohanan tersebut akan menghimpunkan para peserta daripada 16 buah kelab golf dari seluruh Sabah serta Labuan dan dijangka diadakan di ibu negeri mulai 14 hingga 15 September depan.
Beliau ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Menurutnya, kunjungan berkenaan bertujuan untuk menjemput Tun Juhar ke kejohanan terbabit, di samping melaporkan aktiviti yang telah dan akan dijalankan.

































