GUA MUSANG: Polis sudah memanggil 14 orang termasuk pelajar dan guru sudah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat bulan lalu.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada masa sama pihaknya sudah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan guru berkenaan.
“Kita masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas beliau kerana dia pernah belajar di situ dan mungkin ada satu sebab lain menyebabkan penulisan itu dibuat.
“Kita akan teruskan siasatan dan mendapatkan pandangan daripada pihak doktor sebelum kita menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya. Setakat ini siasatan berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Terdahulu, Polis Kelantan sudah mengenalpasti identiti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlakunya kes pedofilia melibatkan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat bulan lalu.
Muhamad Zaki berkata, penulis berkenaan merupakan seorang wanita dan siasatan berkait kes berkenaan masih berjalan.