TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag menyantuni kanak-kanak istimewa sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tuaran di Kampung Batangan, di sini, hari ini. (Gambar)
Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) diiringi oleh Isteri Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag. Mohd..Saufi, isteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datin Hajah Lenny Natasha Musa dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir MUTIARA GRS.
Selain menyantuni para pelatih PPDK Tuaran dan ibu-bapa mereka, Juliah yang juga penaung pertubuhan itu turut menyampaikan “Duit Raya” kepada para pelatih.
Antara pengisian Majlis Rumah Terbuka Hari Raya itu ialah persembahan daripada pelatih PPDK, persambaham ibu bapa dan cabutan tiket bertuah.
PPDK Tuaran yang ditubuhkan pada tahun 2010, kini mempunyai seramai 85 pelatih orang kurang upaya (OKU) berumur diantara 2 tahun hingga 40 tahun dari sekitar kawasan Tuaran.


























