Pemain pertahanan Liverpool, Andrew Robertson (kiri) meraikan gol ketiga menentang Fulham bersama rakan sepasukan di Craven Cottage, London, semalam.
LONDON: Liverpool kembali menghidupkan peluang memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bangkit daripada prestasi suram sebelum ini untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Fulham, semalam.
Anak-anak buah Jurgen Klopp Khamis lalu tersingkir daripada Liga Eurpa selepas tunduk kepada Atalanta beberapa hari selepas dimalukan Crystal Palace di laman sendiri sebelum itu.
Impian Reds untuk menghadiahkan ucapan selamat tinggal yang bermakna kepada Klopp kembali bernyawa apabila pasukan itu kembali di landasan selepas mencatat kemenangan semalam.
Liverpool kini menghuni tangga kedua di belakang pendahulu liga, Arsenal berdasarkan perbezaan gol dan satu mata di depan Manchester City yang berada di tempat ketiga dan memiliki kelebihan perlawanan untuk memburu dua kejuaraan musim ini.
Reds akan menentang Everton Rabu ini manakala Arsenal akan menanti kunjungan Chelsea, esok sementara City akan bertandang ke Brighton pada Khamis.
“Fulham lazimnya memberi masalah kepada kami. Namun, perlawanan semalam satu persembahan yang menarik. Apa yang penting kami berada di landasan untuk memburu kejuaraan ini. Arsenal menang semalam dan Manchester City pasti akan mencatat kemenangan selepas ini, maka kami tiada pilihan selain mesti menang. Ini yang akan kami usahakan,” katanya.
KEDUDUKAN
P M S K J B Mt
Arsenal 33 23 5 5 77 26 74
Liverpool 33 22 8 3 75 32 74
Man City 32 22 7 3 76 32 73
Aston Villa 34 20 6 8 71 50 66
Tottenham 32 18 6 8 65 49 60
Newcastle 32 15 5 12 69 52 50
Man Utd 32 15 5 12 47 48 50
West Ham 34 13 9 12 54 63 48
Chelsea 31 13 8 10 61 52 47
Brighton 32 11 11 10 52 50 44
Wolves 33 12 7 14 46 53 43
Fulham 34 12 6 16 50 54 42
Bournemouth 33 11 9 13 48 60 42
Crystal Palace 33 9 9 15 42 56 36
Brentford 34 9 8 17 52 59 35
Everton 33 10 8 15 34 48 30
Nottm Forest 34 7 9 18 42 60 26
Luton 34 6 7 21 47 75 25
Burnley 34 5 8 21 37 69 23
Sheff Utd 33 3 7 23 31 88 16






























