Hajiji dan Juliah bersalaman dengan orang ramai di majlis rumah terbuka tersebut.
TUARAN: Lebih kurang 10,000 orang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor and isteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag di Dewan Seri Sulaman, di sini, hari ini.
Antara yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, Timvbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam and Datuk Ir. Shahelmey Yahya serta Menteri Kabinet Negeri dan wakil-wakil rakyat.
Pengunjung rumah terbuka dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu dihiburkan oleh pelbagai persembahan artis tempatan dan persembahan istimewa oleh Datuk Jamal Abdillah.


































