By: Rashid Ating
KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah akan membuka pencalonan untuk Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah bagi Tahun 2022/2023.
Menurut satu kenyataan, Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan peringkat negeri terhadap penulis-penulis Sabah yang telah menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.
Skop penyertaan terbuka kepada buku umum/ilmiah/separa ilmiah yang mencakupi pelbagai bidang.
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM11,000 dengan dua kategori yang dipertandingkan iaitu; Kategori Karya Terbitan DBP, yang menawarkan watikah penghargaan, hadiah wang tunai RM6,000 dan buku terbitan DBP kepada pemenang manakala Kategori Terbitan Luar akan membawa pulang watikah penghargaan, hadiah wang tunai RM5,000 dan buku terbitan DBP.
Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan ingin mengisi borang permohonan boleh melayari pautan ini: https://drive.google.com/file/d/13VoLr3kOa56kmhZsg–4gqFlHCpBLUEp/edit
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Jun 2024. Sebarang pertanyaan mengenai anugerah ini, para pemohon boleh menghubungi:
Urus Setia,
Anugerah Buku Terbaik,
Ketua Menteri Sabah 2022/2023,
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88999 Kota Kinabalu
Pemohon juga boleh berurusan terus dengan Puan Noorzanani Haji Kata, di talian 088-346/010-5667795 atau menghantar emaii ke nani_k@dbp.gov.my




























